? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.6 (61 Ratings)??9316 Grabs Today. 66567 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????????????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 4.3 (35 Ratings)??9249 Grabs Today. 35657 Total G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 25 Disember 2013

MY AWESOME DAY - I'M READY BOYS REPUBLIC SHOWCASE IN MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM 


Okay kali ini kita nak update untuk Showcase Boys Republic pulak tapi sorry ler yek xde gambar pasal. Kita terlupa nak bawak Kamera sebab kalang kabut sangat nak pergi awal tapi Eonni saya sempat tangkap gambar sikit tapi all the time ofcourse ler focus on their performancekan sebab kalau asyik dok tangkap gambar jer nanti xdapat enjoy betul2. Bak kata Eonni kita "Biar memory itu disimpan dalam ingatan" hahaha...AYAT!!!

Pada 8 Dec awal pagi lagi dah bersiap-siap sebab nak keluar awal sebab tempat tu jauh dari rumah kita maybe dalam hampir 1 jam 30 MINIT dengan menaiki train pastu stop kat station terakhir naik teksi pulak. Sampai jer kita lapar tak sarapan lagi so kita ajak Eonni teman kita makan tapi eonni xmakan sebab dia nak jumpa kawan dia dulu nanti petang baru dia datang kat Bentley Music tempat dimana Showcase itu berlangsung. Lepas makan kitaorang berpecah. Kita pergi ler jalan pelan2 ke Bentley Music. Sesampai disana kelihatan ramai juga sudah beratur kalau tak silap dalam pukul 12 masa tu. Dipendekkan cite tunggu duduk sampai petang. Makin lama makin ramai duduk pun makin sempit menyempit. Nasib baik semua kemudahan ada dalam Bentley Music tu. Tandas pun dekat dan kemudahan macam kalau nak solat pun ada tempat solat. Ramai datang awal sebab nak dapatkan tempat 50 terawal yang akan dapat pass untuk "Meet and Greet" dengan Boys Republic. Dah petang tu baru kita teringat kitakan tiket VIP jadi datang lewat pun tak per pasal ofcourse dah tentu kompom kita dapat dok depan punya hahaha...Dia ada dua zone satu untuk Normal pass yang beli Album Malaysia Version RM 40 dapat 2 pass masuk ke Showcase dan bagi VIP hanya untuk pemenang Contest. Macam kita, kita menang contest Harian Metro same with my Eonni dia pun menang dapat tiket VIP. 

Masa petang tu tak ingat pukul berapa kami diberitahu oleh securitygurd itu jaga kelakuan, jangan tolak-tolak. Pasal masa tu Boys Republic dah sampai dah huhuhu...xcited giler. Menyesal xbawak kamera kalau xboleh tangkap gambar dorang huhuhu....tapi ini ada kita rakam sikit masa dorang sampai tu. Amboi!!! laju bebenar Minsu jalan hahaha...omo!!! serius masa tu SO XCITED. Sorry ler yek henset kita ni lopek sikit jadi gambar xcantik sangat.

video

Lepas tu kitaorang kena tunggu lagi dalam pukul 5 lebih kalau xsilap yang mana yang menang contest satu2 dipanggil beratur untuk daftar diri. Xlama lepas tu kitaorang diberi masuk. Kita dengan Eonni kalang kabut cari tempat duduk depan belah kanan hehehe...pastu beratur balik untuk naik atas pentas bergambar dengan Boys Republic. Huwahahaha...Serius semua dok sibuk betulkan kedudukan nak bergambar kita toleh belakang OMG!!! Boys Republic naik atas pentas giler HANDSOME  xterkata \(>_<)/  

Masa tu mata kita asyik pandang kat One junn oppa. Atas bawah, atas bawah kita tengok macam tak bercaya oppa kat depan kita. Pastu agaknya dia perasan kita pandang dia kita senyum sambil panggil "Oppa!!" One junn oppa senyum dekat kita dan lambai kat kita. Saat itu rasa macam mimpi oh!!! One junn oppaku hahaha....

Pastu dorang tangkap gambar 2 kali Snap picture lepas tu semua disuruh turun sebab next group plak nak tangkap gambar. Masa tu kalang kabut nak cari siapa ni? Nampak Dabin terus jerit "Dabin!!!!" Omg!! kita hi-5 dengan Dabin pastu genggam tangan terlompat2 macam kanak2 rebina betul kita ni dan si Dabin layan jer kita hahaha.... Pastu staff tu dah macam push suruh turun masa nak turun tangga nampak Minsu kita hulur tangan kita nak hi-5 dengan Minsu tapi staff tu dah halang dengan tangan dia suruh turun stage tapi tangan kita masih tak turun lagi sebab masih mengharap yang Minsu balas balik. Serius kita terharu giler pasal. Minsu agaknya perasan kita tak turunkan tangan lagi macam masih tak putus asa gitu, dia kedepan dan hulur tangan dia dan Hi-5 dengan kita sambil senyum.Omo!! terima kasih MINSU Saranghae~ 

SelEpas semua VIP dan 50 fans yang terawal dapat peluang untuk "Meet and Greet Session" tangkap gambar dengan Boys Republic. Last sekali baru siapa yang ada Normal pass dibenarkan masuk. Yang Normal pass dorang berdiri belakang. Auditorium mula gelap dan VCR mula menunjukkan profile setiap member Boys Republic, CF dan MV mereka. Diulang dan diulang penat nak tunggu bila nak keluar dorang ni cepat ler hehehe...

Akhirnya setelah menanti agak lama (penantian suatu penyiksaan hehehe..) Mereka keluar dan mula menari sambil kedengaran jeritan fans yang sangat bersemangat. Wow!! sakit anak tekak ni menjerit tapi puas hati. Lepas tu nyanyi lagu "Party Rock". Setelah habis nyanyi lagu "Party Rock" mereka berbual dan bercakap tentang pengalaman berada di MALAYSIA. Macam2 aktiviti dorang buat seperti belajar canting batik, buat roti canai dan teh tarik juga cuba makanan Malaysia seperti Mee Mamak dan Nasi Goreng Kampung (Hahaha....Boys Republic ni boleh jadi orang Malaysia ler). 

Lepas tu juga banyak aktiviti dorang buat dengan fans macam ajar fans menari dance choreography untuk "You are Special". Pastu member Boys Republic disuruh jadi make-up artist untuk fans hahaha..kelaka giler. Paling teruk Suwoong kecian fans tu comet giler tapi agak kecian dengan fans tu bagi dorang menang. Sabar je ler dengan Suwoong ni. Pastu lain aktiviti kitaorang buat ialah MC pada hari itu kak NADIA (ala yang 8TV NITE LIVE punya host tu. Baki pun ada datang). Ajar kitaorang buat chicken head (goyang kepala macam ayam. Ah!! xtahu macam mana nak terangkan) dan buat sign untuk lagu Boys Republic L.I.U. Apa sign? Okay meh!! kita tunjuk dia macam ni..... 

     

Bagi sesiapa yang tak tahu L.I.U itu ialah salah satu lagu Boys Republic yang bermaksud LOVE IS YOU.Kalau korang ada beli Boys Republic Mini Album "IDENTITY" mesti korang akan perasaan salah satu track yang ada dalam album itu bertajuk L.I.U. Selepas kami diajar dan mahir hahaha...Boys Republic pun keluar dari belakang stage dan naik atas pentas. Selepas tu MC kak Nadia suruh kitaorang tunjukkan pada Boys Republic hehehe...dorang tepuk tangan dan rasa kagum hahaha..pastu kitaorang buat sama2 dan Boys republic siapa buat rakaman lagi guna camcoder dorang. Katanya untuk special project yang akan dimuatkan dalam MV L.I.U. Wow!! Daebak x?? Best giler~

Lepas itu dorang sambung perform lagu Special girl, What up dan lepas tu dorang duduk atas pentas untuk tangkap gambar sambil berlatarkan belakangkan semua "Royal Family".



Lepas itu One junn oppa cakap yang dorang akan datang lagi ke Malaysia tapi bukan dalam masa terdekat tapi untuk masa akan datang mereka pasti akan datang ke Malaysia dan hasilkan lagu yang lebih baik dimasa akan datang.

Masa time Showcase itu juga kitaorang ada sambut awal birthday Sungjun yang mana pada 17 Dec dan juga sekali sambut birthday One junn oppa juga walaupun dah lepas pada 22 nov tapi sambut sekali jugak Hehehe...Kitaorang nyanyikan dalam 3 bahasa Korea, English dan Melayu. Selepas tu dorang bergambar dengan kek dan hahaha pastu suruh dorang buat Wish!! OMO!! dorang buat permintaa yang mereka berharap Malaysian fans akan sentiasa menyokong mereka sampai bila2. Wah!!!! ofcourse i will support you guys SARANGHAE 소년공화국~  




Last sekali SESI AUTOGRAPH!!!! Kitaorang yang VIP mula dulu beratur dan sambil tengah tunggu giliran naik pentas kita kacau kak Nadia hahaha...kelaka betul. Lama2 time kita dah nak dekat. Dah kat tangga stage tengah tunggu giliran nak naik pentas. pastu kak nadia turun kat tangga bawak Poster dan kita pun jerit "KAK NADIA NAK POSTER!! NAK POSTER!!" Kak Nadia bagi pastu kita cakap "Kak Nadia nak salam boleh?" Pastu kita salam kak Nadia. Pastu kita dipanggil naik atas pentas dengan kawan kita. First sekali One junn oppa hehehe...Kita nak suruh oppa tulis nama kita tapi orang staff tu tak kasi. Sedih tau. Jumpa oppa terus cakap "Oppa Igeo!!!" tunjuk nama kita yang kita tulis atas kertas dan dilekatkan kat tangan kita. Oppa tengok dengan penuh teliti dan nak mula tulis tapi staff tu ler jahat pergi halang tapi xper ler pastu hi-5 dengan Oppa dan Oppa memberikan senyuman yang sangat menawan dan melambai pada kita hahaha...Semua member layan kita baik tapi paling terharu rasa nak nangis pun ada bila part Sungjun kelakar tengok reaksi Sungjun. Dia sign autograph untuk kita pastu staff tu tolak kita punya album tu pergi next member. Sungjun lambai kat kita dan senyum tapi kita masih dekat depan dia, dia jadi pelik pastu staff tu bagi tahu ini ada satu lagi Album dia punya (staff tu tunjuk dekat kat kita). Pastu Sungjun macam terkejut sangat dan buat thumps up dekat kita dan tunduk hormat dekat kita sambil tak berhenti sebut Gamsahamnida!!! kita pun balas dengan tunduk hormat jugak. Kita senyum dekat dia dan hi-5. Mungkin dia terharu wow!! siap beli 2 ALBUM lagi hahaha...actually ada 3 album kita beli tapi hari tu kita bermurah hati bagi dekat orang lain kalau tak mesti Sungjun bertambah terkejut-terkejut lagi hahaha...

Satu pengalaman yang sangat berharga dan memang tak dapat dilupakan sampai bila2 dan yang Pasti biased kita dah berubah hahaha...MULA suka DABIN tapi after Showcase DABIN jatuh tempat ke 2 biased kita. No 1 ofcourse ler ONE JUNN Oppa!!! Pasal dia orang pertama yang tegur kita dan setiap kali kita jerit nama dia, dia pasti akan pandang dan lambai pada kita. paling kelaka tu Kita denga kawan jerit One Junn Oppa!!! dia pandang kat kitaorang siap buat flying kiss dekat kitaorang pastu kitaorang buat tangkap kiss tu dan masukkan dalam hati hahaha...LOL ~ Biased ke 3 SUNGJUN hehehehe....


INI HASIL YANG DAPAT DIBAWA BALIK    




OH!!! YER NAK LAGI DAEBAK TAK???INGAT TAK TADI KITA ADA CAKAP PASAL CHICKEN HEAD AND L.I.U SIGN TADI? INGAT TAK JUGAK TADI KITA ADA TULIS YANG BOYS REPULIC BUAT RAKAMAN GUNA CAMCODER DORANG UNTUK SPECIAL PROJECT UNTUK DIMUATKAN DALAM MV L.I.U? 

OKAY UNTUK PENGETAHUAN KORANG MV L.I.U ITU TELAH PUN DI RELEASE PADA 23 DECEMBER (ISNIN) DALAM BOYS REPUBLIC OFFICIAL YOUTUBE. SO NAK TENGOK TAK MV DIA? SEMUANYA BERLATAR BELAKANGKAN PEMANDANGAN DIMALAYSIA. BEST GILER DAN MEREKA SEMUA SANGAT COMEL, HANDSOME DAN KELAKAR DALAM MV INI. ROYAL FAMILY SEMUA JUGA ADA DALAM MV INI TAU DAN YANG PALING PENTING MUKA KITA ADA DALAM MV TU SO CLEAR HAHAHAHAHA... 



INI MV L.I.U (LOVE IS YOU) SO ENJOY 
DAN JANGAN LUPA KOMEN!!!!








BEFORE THIS banyak kali kita nampak Boys Repuclic dekat HOTEL sebab Office kita seberang jalan jer dari HOTEL tempat Boys Republic duduk. Dalam MV ni pun ada nampak bangunan tempat Office kita terletak hahaha....Best giler~ Kadang2 balik Office nampak Van dorang ada hahaha...Now i really miss them so much. Hope they can come again and hope they will never forget the moment they spent here in MALAYSIA with Malaysian Royal Family~


Pic Cr : To My BELOVED EONNI!!! 
V
V
(MASA DALAM PERJALANAN BALIK DALAM TRAIN hehehe...)

AND


Tengok Kasut kita jadi apa? Patah~ Patah~ Baru jer beli dan baru 2 kali jer pakai. 1 kali masa U.O.X PARTY and kali ke 2 masa Showcase. Balik jer Showcase jadi macam ni. Susah betul nak jalan (T_T). Semua pasal Boys Republic punya pasal hehehe.... 


XKISAH LER JANJI HAPPY HAHAHAHA......

\(>_<)/
~PPYONG~

0 comments:

Catat Ulasan