~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Makin menjadi-jadi ler Sasaeng giler ni. Pengacau dan perosak HIDUP ORANG!!! Dorang ni mak bapak xpantau ker??? Kurang kasih sayang ke dorang ni sampai macam tu sekali perangai dorang. Ramai artis yang dah terkene dengan dorang ni termasuk ler group fav kita dan biased kita. kalau kita ada kat situ kita pasti akan protect dia. Kita belasah dorang ni cukup2. NAK LAWAN MEH!! ler Stupid Sasaeng. Dorang ni bukan manusia ni ntah datang dari planet mana pun xtahu. Dulu Yoochun oppa kita kene sakitnya hati. memang cam nak mengamuk jer. Bukan ler kerana dia tu artis jadi kita bela okay!!! tapi dia manusia juga. Mereka juga ciptaa ALLAH SWT. Kalau kita lihat orang diperlakukan macam tu kita hanya berdiam diri ke? Buat tak nampak? lantak ler xnak masuk campur. Pedulik ler dorang tu tapi cuba kene batang hidung sendiri baru nak terpekik terlolong mengelupor. Sorry teremosi jab. Kita ini mesti kene selalu meletakkan diri kita dalam situasi seseorang tu jadi baru kita paham perasaan orang tu.Paling tidak kalau kita xmampu membantu pun sekurang-kurangnya tunjukkan ler kita ni prihatin dan maybe bagi ler kata2 semangat kerkan.
Kali ni kita nak luah dan bercerita pasal kejadian yang amat menyakitkan hati. Kita pun rasa cam kecian dan rasa sedih sangat hope Our Baekhyun and family especially to Baekbeom Oppa and sister in-law banyak bersabar yer.STUPID SASAENG KENAPA KORANG NI JAHAT SANGAT PERGI ROSAKKAN MAJLIS PERKAHWINAN Baekhyun punya Hyung???
Dengar kata si Sasaeng ni dah ler rosakkan majlis orang kau pukul Baekhyun dekat dia punya TEKAK (kononnya dorang nak rosakkan suara dia biar tak boleh menyanyi lagi) just sebab dia xpedulikkan si Sasaeng giler tu sanggup korang buat macam tu. Wah!! melampau ni, kurang hajar betul. Baekhyun kata dia xde bagi tahu pun dekat fans pasal schedule dia. Ala biasa ler Baekhyun dorang nikan giler sungguh mengerikan hati2 yer Baekhyun jangan tercedera. Member exo lain dan artis2 lain juga hope berhati2 ler dengan dorang ni.Dorang datang buat huru-hara jer. Datang ambik gambar dan rakam video. Aduh!! macam mana boleh tersesat ni? Dorang ni bukan fans betul pun kalau dorang buat macam2 kasi belasah jer dorang tu. Xyah kecian2 ler dengan dorang ni. Sampai dah nak merosakkan dan mengacau ahli keluarga ni memang xboleh dibiarkan Baekhyun. Pantang betul kita. Kalau keluarga kita berani ler orang buat macam tu memang nak kene berdebik. *Sabar~ Sabar~ fuh!! fuh!! tarik nafas*
Sebelum BAEKHYUN dengan member EXO lain datang pun dorang dah mula penuh menyelit dan menyebok kat tempat weeding tu. Kecian kat Baekhyun saudara-mara semua pandang semacam jer kat dia. Dia pun jumpa semua orang dan minta maaf. Baekhyun xsalah pun tapi kita faham perasan dia. Kita pun kalau ada ditempat dia akan buat perkara yang sama (T_T)
Masa EXO member menyanyi kat Majlis Kahwin tu ada si sasaeng ni main tolak para tetamu dan berdiri atas kerusi dan mula merakam exo yang sedang menyanyi dihadapan.
Masa time potong kek si Sasaeng bodoh ni pergi tangkap gambar member EXO yang berada di belakang pengantin dan cuba mendapatkan autograph mereka dan menghalang penglihatan para tetamu semua.
Member Exo pun beritahu dorang suruh berhenti. Dorang cakap =_=
"Jangan buat sekarang, kita buat selepas ini"
Baekhyun yang tengah ambik gambar dengan Family dia diserbu oleh Sasaeng tu dan mereka cuba menangkap gambar baekhyun.Baekhyun yang tidak selesa dengan keadaan itu mula naik marah. Satu muka dia merah menahan marah.
Baekhyun bagi tahu kat Sasaeng tu ~
"Ini adalah satu-satunya Hyung saya dan satu-satunya majlis kahwin dia. Kenapa kamu semua macam ini? Giler punya manusia"
Yang lagi giler tu Si sasaeng pergi letak bunga
Chrysanthemum (Bunya yang mana secara tradisinya diletakkan untuk orang mati) didepan bangungan SM khas untuk Baekhyun hanya kerana dia tak layan si Sasaeng tu.Kurang hajarkan kan kan???
disebabkan kekacauan di majlis kahwin tersebut banyak saudara mara dan para tetamu telah mengepost dalam pelbagai forum dan itu menyebabkan Baekhyun mendapat tempat kedua antara yang mendapat perhatian dalam ruangan pencarian di internet (NAVER ~ 네이버)
Aduhai!!! kalau nak tulis banyak lagi mahu 1 minggu xhabis. Baik kita STOP!!! Buat darah tinggi kita naik jer dengan hal Sasaeng giler ni ler. Dorang ni makin melampau tau...
Sasaeng yang giler buat benda yang bukan2 dan menganggu hidup orang demi kepuasan dan kepentingan diri dorang sampai xfikir tentang perasaan orang. Apa yang penting apa yang dia nak tercapai. Suka mintak benda bukan2 dan sangat kurang hajar~
Korean Law xleh buat apa2 kerana kebanyakkan Sasaeng tu semua bawah umur. Lepas ni patut kene tukar Law ler sebab dah menyusah dan menganggu orang ni patut kasi hukum penjara dan sebat paling tidak pun 3 kali ker bagi dorang gerun sikit. Kalau kuar dan buat lagi tambah lagi sebat 5 kali, lama2 xberani lagi ler kot. kalau masih buat jugak orang macam ni kasi hukum gantung sampai mati sudah xde menyusahkan orang...
Tolong ler bagi dorang bernafas dan bagi dorang hidup aman sikit. Dah ler penat berkerja, praktis menari, vokal dan banyak aktiviti dorang buat untuk kita semua juga tapi takkan dorang nak mintak sikit ruang untuk dorang berehat, habiskan masa dengan kawan, keluarga atau maybe dorang pun manusia one day dorang nak jugak ada family sendiri. Kita kalau betul real fans yang sangat meyokong diaorang. Why not kita just teruskan berikan sokongan buat mereka dalam apa jua yang dorang buat. Kalau itu yang membuat dorang happy. Why not kita pun semua patut happy juga kalau dorang happykan??? Sasaeng sudah2 ler buat kerja giler ni. Balik pergi sekolah belajar rajin2 jadi orang berguna sikit...
~KKUT~