? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.6 (61 Ratings)??9316 Grabs Today. 66567 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????????????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 4.3 (35 Ratings)??9249 Grabs Today. 35657 Total G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 6 Oktober 2013

YG WIN - WHO IS NEXT SECOND BATTLE (131004)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penantian suatu penyiksaan hehehe..ah!! penat nak tunggu next episode ditayang dan akhirnya pada 04 Oct, Jumaat episode 7 Win - who is next ditayang untuk para penonton semua. Episode kali ini kedua-dua team membuat persiapan untuk battle mereka yang kedua. Episode ke 6 sebelum ini kita dapat lihat bahawa TEAM B telah memenangi hati para juri dan sekaligus memenangi dalam undian para juri tetapi sayangnya TEAM B telah kalah kepada TEAM A dalam segi undian penonton. Begitu merisaukan hati kita kerana Battle ini bergantung 100% dari undian penonton. Daum (50%) , Kakaotalk (25%) and also you can vote using video game Fantasy Runner (25%) tapi yang Fantasy runner ni i not sure camne nak vote pakai video game tu tapi nampaknya cara yang paling senang adalah menggunakan DAUM ACCOUNT. Kalau guna kakaotalk dan video game fantasy runner ni sikit mengelirukan hehehe....Lagi pun nampaknya peratusan voting untuk DAUM lagi banyak ^_^

Untuk Battle ke dua ini sekali lagi TEAM B memenangi hati para juri dengan lagu Hit song dari Justin Bieber's Baby. Nyanyian dan tarian mereka yang sangat cute, cheerful dan sangat energetic sangat memikat hati. Suka sangat \\(>_<)//    

Lain pulak ceritanya TEAM A mereka membawa lagu yang berentak SLOW!!! nampak matang dan sangat Sweet macam kita hahaha...(gurau aje jangan termuntah lak...kekeke) 

Bagi undian para tetamu Juri pada hari itu TEAM A mendapat point sebanyak 254 point dan TEAM B pula mendapat 260 point. Tetamu juri pada malam itu adalah J.Y. Park, Yoon Jong Shin, and Lee Hyun Do.

Sekali lagi diingatkan Voting ROUND 2 akan bermula pada 11 Oct - 13 Oct ~ Debut mereka bergantung pada anda semua. Jika and tidak vote untuk TEAM kegemaran anda mereka akan disband. Mereka akan dipisahkan dari team mereka yang sedia ada. Cuba korang bayangkan antara mereka sudah lama dah jadi trainee bersama2 habiskan masa bersama belatih betahun-tahun. Pasti mereka sudah rapat dan mesti dorang akan SEDIH GILER kalau xdapat DEBUT sedangkan mereka belatih macam orang giler tapi tak bepeluang untuk DEBUT dan lagi TERUK mereka terpaksa BERPISAH. Kalau nak ikutkan nak Kedua-dua TEAM DEBUT tapi si Yang Hyun Suk SAJANGNIM !!! tu dah tetapkan RULE dia macam tu (T_T) 

Apa agaknya yang akan terjadi dengan TEAM yang kalah ni. Mesti Episode 10 (Last) banyak yang akan mengalirkan air mata. Aduh!! kene siap2kan bekotak-kotak tisu ni  (T_T)   

OK ler bagi yang belum sempat tengok performance dorang ni ada Video masa Episode 7 Battle yang ke-2.
Kalau korang ada masa lagi bagus tengok yang FULL punya baru dapat feel dia.


TEAM A - TAMIA "OFFICIALLY MISSING YOU"



TEAM B - JUSTIN BIEBER "BABY"




P/S : Minho-ya~ Cepat sembuh yer. Sekarang ni just serahkan tanggungjawab tu dekat Seungyoon okay. Bercayakan dia dan jangan risau. Buat yang terbaik~ Untuk pengetahuan korang pada episode 7 TEAM A dan TEAM B berpeluang untuk perform bersama GD DRAGON untuk comeback stage dia di Mnet Countdown. Oleh kerana itu semua member TEAM A dan B berkerjasama untuk menghasil persembahan yang terbaik tetapi semasa latihan Minho leader TEAM A telah tercedera di buku lalinya. Dia telah pergi ke Hospital dan doktor mengarahkan dia supaya berehat selama 2 minggu tapi sudah tentu kalau selepas 2 minggu program ini sudah TAMAT. Sebagai leader dia sangat kecewa dengan hal ini. TEAM A telah berjumpa dengan Yang Hyun Suk SAJANGNIM dan berbincang tentang hal ini~ Setelah berbincang Yang Hyun Suk SAJANGNIM telah membuat keputusan untuk menukar leader TEAM A kepada Seungyoon~
Mino tabah dan teruskan usaha yer (T_T)....~

~KKUT~  

0 comments:

Catat Ulasan